Muat turun Firefox

Firefox tidak lagi disokong oleh Windows 8.1 dan ke bawah.

Sila muat turun Firefox ESR (Extended Support Release) untuk menggunakan Firefox.

Firefox tidak lagi disokong oleh macOS 10.14 dan ke bawah.

Sila muat turun Firefox ESR (Extended Support Release) untuk menggunakan Firefox.

Notis Privasi Firefox

Bakat anda diperlukan untuk internet yang lebih baik

Mozilla adalah sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan yang berusaha memastikan internet adalah terbuka dan mengalu-alukan semua. Dan kami perlukan bantuan anda. Dengan menyertai komuniti kami, anda boleh memacu inovasi, meningkatkan rasa tanggungjawab dan kepercayaan dan menjadikan internet satu tempat yang selamat untuk semua.

Bagaimana anda boleh menyumbang…

Misi Kami

Misi kami ialah memastikan Internet ialah satu sumber awam global, terbuka dan boleh diakses oleh semua. Internet yang mengutamakan penggunanya, di mana setiap individu mampu membentuk pengalaman peribadi mereka dan diperkasakan, selamat dan kekal bebas.

Dibangunkan oleh mereka yang bersemangat seperti anda

Apabila anda menyumbang kepada Mozilla, anda menjadi sebahagian daripada warga komuniti global yang percaya bahawa kita semua berperanan dalam memastikan bahawa internet kekal sebagai kuasa kebaikan.

Kami percaya bahawa kerjasama komuniti sangat penting untuk mewujudkan internet yang pelbagai, inovatif, dan bertanggungjawab kepada orang-orang yang sangat memerlukannya. Sama ada latar belakang anda dalam teknologi, pengurusan komuniti, atau hanya dengan komputer dan sedikit masa terluang, anda mampu membantu kami menjadikan internet tempat yang lebih baik.

Dapatkan Bantuan

Mozilla mempunyai pasukan sukarelawan yang berdedikasi untuk membantu apa sahaja masalah yang mungkin anda alami.

Ada masalah dengan laman web?

Jika pengalaman laman web anda berbeza di antara pelayar, maka anda telah menemui isu keserasian web. Kami amat teruja untuk tahu tentangnya!